Banyak hutang? Apa kata Refinance Rumah? 12 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Refinance Rumah 2018

Perkara-Perkara Penting Refinance Rumah 2018

Seakan sudah menjadi lumrah manusia sekarang yang berbelanja lebih dari kemampuan. Gaji sebulan RM3000 tapi berbelanja sehingga RM5000 sebulan. Macamana boleh jadi begitu?

Tentunya, ada yang menggunakan Personal Loan ataupun Kad Kredit dahulu, apabila Personal loan dan Kad Kredit dah guna sampai maksimum baru kalut mencari duit untuk bayar balik.

Kami di AFZ REALTY tidak menggalakkan pelanggan memaksimakan kedudukan kewangan, tetapi andai kata anda memerlukan jalan keluar untuk mengurangkan pembayaran balik bulanan, mungkin bolehlah menggunakan cara refinance rumah ini.

Hakikatnya, ramai memilih Refinance Rumah untuk mendapatkan tunai. Tapi macamana nak buat?

1. Memiliki Rumah
Nama pun Refinance Rumah, kalau takde rumah macamana nak refinance rumah, betul tak? Seeloknya rumah tu nama anda atau kalau nama mak ayah pun takpe, masih boleh buat joint loan.

2. Semak Harga Pasaran Rumah
Boleh hubungi kami dengan berikan maklumat hartanah anda

3. Cetak CCRIS Report
Sebelum nak buat pinjaman apa-apa pun, pastikan CCRIS Report dah cetak. CCRIS report nie akan tunjuk semua hutang-piutang dengan semua bank.

Bila anda buat pinjaman dengan bank baru untuk refinance rumah, bank baru nie akan menganalisis latar belakang kewangan anda. Dia akan tengok gaji dan komitmen dalam CCRIS. Mereka akan memastikan yang anda layak untuk membuat pinjaman.

Lagi satu dia akan tengok jugak, bulan-bulan bayaran cantik tak? ada sangkut bayar tak? Kalau yang ada sangkut bayar lebih dari 2 bulan tu, selalunya susah sikit nak dapat kelulusan. 

4. Check Kelayakkan Untuk Dapat Loan
Boleh isi form di bawah dan consultant kami akan bantu anda

Bila dah kira, baru tahu berapa boleh pinjam dan juga akan tahu dapat cash tunai berapa. Lepas tu bolehlah kira boleh tak bayar hutang yang sedia ada.

5. Permohonan Pinjaman Perumahan
Bila dah buat step 1-4, barulah boleh memohon pinjaman refinance rumah dengan bank. Selalunya seminggu dah boleh tahu keputusannya, tapi kalau bank nak dokumen lebih untuk support mungkin akan ambik masa yang lama lagi.

Pada tahap nie, anda hanya sediakan dokumen, dan kami akan hantarkan pada bank bank yang boleh luluskan pinjaman anda.

Kalau dah approve, barulah semua confirm. Tapi perlu ingat proses penuh refinance rumah, mungkin akan mengambil masa diantara 3 hingga 6 bulan. Tanah Leasehold yang dah ada geran akan mengambil masa yang lama. Freehold selalunya ambik masa 3-4 bulan.

6. MRTA vs MLTT
MRTA dan MLTT adalah insurance yang memberi perlindungan terhadap peminjam. Ingat! bukan perlindungan keatas rumah. MRTA dan MLTT nie selalunya optional. Tapi, ada jugak bank yg wajibkan MRTA ini. Kadang-kadang kalau beli MRTA, interest rate boleh murah sikit. MLTTpulak selalunya perlindungan insurance yang dibeli diluar. MLTT agak mahal dari MRTA tapi coverage MLTT adalah lebih bagus dari MRTA.

7. Lock-in Period perlu Ambil Tahu
Selalunya setiap bank loan offer ada lock-in period. Yang paling biasa bank akan lock dalam masa 3 tahun. Tapi ada jugak case yang lock sampai 5 tahun. Kalau dapat No lock-in lagi best.

Lock-in period nie leceh bila nak jual rumah ataupun refinance balik. Kalau buat masa lock-in period, nanti kena bayar penalty dalam 3% dari loan amount. Kadang-kadang jumlahnya agak besar dan tidak berbaloi.

8. Tandatangan Bank Offer Letter
Kalau semua dah faham dan rasa boleh terima syarat-syarat bank, turukanlah tandatangan anda secepat mungkin. Sebab proces untuk siap process refinance nie agak panjang. Mungkin dalan 3-6 bulan. Lagi lambat anda sign, lagi lambat dapat duit.

9. Sign Dengan Bank Lawyer
Bila offer letter dah sign. Banker akan suruh bank lawyer untuk start buat loan dokumen. Bila dah siap, bank lawyer akan suruh anda datang untuk sign. Dokumen tu semua tebal-tebal, selalunya memang standard je… Kalau ada yang tak puas hati, bank takkan tukar pun. Anda kena ikut syarat mereka kalau nak meminjam.

Lepas tu, lawyer akan selesaikan proses refinance. Tapi, setiap bulan follow up dengan bank lawyer tu. Jangan tunggu je…

10. Valuer akan datang Site Visit
Jangan terkejut kalau ada valuer yang call cakap nak tengok rumah. Mereka nie Jurunilai yang telah disuruh bank untuk datang. Jurunilai dia akan datang tengok rumah, ambik gambar rumah dan sekeliling. Selalunya 10-15 minit je… Lepas tu, dia akan hantar report kat bank untuk memastikan harga value rumah.

Jangan terkejut kalau value jatuh. Kadang-kadang sebab bagi informasi salah boleh jadi begini. Contohnya, kalau customer bagitahu banker rumah ada renovate. Jurunilai pergi, takde pun renovate. Kalau macam tu mesti value jatuh.

Bila value jatuh, loan kena buat balik. Sebab loan amount akan jatuh jugak. Oleh itu, dinasihatkan sebaik-baiknya jujurlah dengan banker tu. Supaya tak susah nanti.

11. Dapat Duit Tunai Refinance
Bila refinance rumah, bank baru akan settle dulu bank lama. Bila dah settle, agak-agak 1-1.5 bulan baru dapat balance tunai. Kena tengok berapa cepat bank lama keluarkan dokumen lama.


INGIN KAMI BANTU UNTUK REFINANCE RUMAH ANDA?

CALL /WHATSAPP CONSULTANT KAMI NURIMAN 0163319348

SILA ISI FORM DI BAWAH

Real Estate Professionals